Thursday, 9 September 2010

Selamat Hari Raya `Idul Fitri


Di kesempatan ini, ana ingin mengucapkan Selamat Menyambut `Idul Fitri kepada :
1.       Emak dan ayah yang berada di Malaysia, memohon ampun dari emak dan ayah diatas segala salah dan silap yang pernah dilakukan oleh anakmu ini selama mana emak dan ayah menjaga dan mendidikku dengan penuh kasih sayang. Terasa diri ini terlalu dimanjakan kerana hendak apa sahaja mesti dapat walaupun susah hendak ditunaikan. Sudah sikap emak dan ayah begitu. Jarang sekali berkata ‘TIDAK’. Ampun dan maaf dipinta kerana tidak dapat berhari raya buat kali yang ke-5 sejak anakanda berada di perantauan ini. Semoga Allah sahaja yang membalas jasa dan pengorbanan emak dan ayah dengan tawaran syurga dariNya. Aamiin.

2.       Buat Kak Aziah dan adikku Azree, ampun dan maaf juga dipinta diatas segala kesalahan yang pernah dilakukan selama mana kita bersama. Kak Aziah banyak memberi bantuan dari segi semangat dan nasihat. Walaupun kita jarang bersama kerana pengajian masing-masing satu ketika dahulu, tetapi Kak Aziah memberikan semangat dari jauh dengan berusaha bersungguh-sungguh menghabiskan pelajaran dan sekarang sudah boleh berdiri diatas kaki sendiri. Itu juga semangat buat diri ini. Tahniah. Buat adikku Azree, maaf dipinta sekiranya tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebenar sebagai seorang abang. Mungkin juga dahulu pernah mengasari dan terlanjur bicara. Cubalah jadi yang terbaik, kerana hidup kita masih panjang. Jangan kelak kita menyesal, baru tersedar dunia ini amat mencabar likunya.


3.      Buat Pah yang ada di Kampung Gelok, ampun dan maaf dipinta daripada Azrul yang mungkin banyak kerenah dan salah silap. Balik kampung menjadi satu kegembiraan. InsyaAllah ada rezeki akan berjumpa lagi. Buat Cik Ana juga, ampun maaf dipinta. Cik Ana rajin bercerita dulu, melayan kerenah nak buah. Pernah juga mengasuh diri ini. Moga anak-anak sahaja jadi harta tidak ternilai dari Allah. Mudah-mudahan mereka menjadi anak soleh. Terima kasih tak terhingga, moga Allah balas dengan yang setimpal.

4.     Pakcik Kamel dan Mak Cik sekeluarga, mohon maaf juga dipinta sekiranya ada salah dan silap. Kalaulah ada gurauan yang terlebih atau sebagainya harap dimaafkan. Moga Pakcik Kamel dan MakCik bahagia seumur hidup bersama. Buat MakNgah sekeluarga, mohon maaf dipinta sekiranya ada kesalahan yang dilakukan. Mungkin jarang berjumpa, hanya apabila pulang kekampung sahaja. Tapi, mesti ada salah dan silap yang pernah dilakukan.


5.     Buat Cik Da dan Cik O, ampun maaf juga dipinta. Dulu kita jadi rakan permainan jer. Sekarang masing-masing dah besar. Maaf yer Cik Da, kalau ada salah. Cik O pulak, maaf banyak-banyak kalau ada perkara-perkara yang tak disenangi ker..susahkan apa-apa ker waktu dulu-dulu. Maklumlah kanak-kanak dulu tak macho macam sekarang lagi. Cik O lah yang bawak pegi main-main dulu.

6.      Seterusnya buat kawan-kawan disini, khususnya kawan-kawan Badan Pengurus PMRAM, mohon maaf dipinta dan terima kasih banyak-banyak.


7.       Akhir sekali kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri ini, sepuluh jari ku susun memohon ampun dan maaf, dari segi zahir mahupun batin.
MOGA IBADAH KITA DITERIMA OLEH ALLAH..MINAL `AAIDIIN WAL FAAIZIIN

Monday, 6 September 2010

Reader Is Leader

Reader Is Leader

Marilah kita bersama-sama menyahut seruan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dengan menjadikan bulan September ini sebagai Bulan Membaca. Membaca adalah awal suruhan yang diperintahkan kepada junjungan agung Rasulullah s.a.w. ketika Baginda mula-mula mendapat wahyu dari Allah s.w.t. di Gua Hira'. Firman Allah Taala :

اقْرَØ£ْ بِاسْÙ…ِ رَبِّÙƒَ الَّØ°ِÙŠ Ø®َÙ„َÙ‚َ Ø®َÙ„َÙ‚َ الْØ¥ِÙ†ْسَانَ Ù…ِÙ†ْ عَÙ„َÙ‚ٍ اقْرَØ£ْ ÙˆَرَبُّÙƒَ الْØ£َÙƒْرَÙ…ُ الَّØ°ِÙŠ عَÙ„َّÙ…َ بِالْÙ‚َÙ„َÙ…ِ عَÙ„َّÙ…َ الْØ¥ِÙ†ْسَانَ Ù…َا Ù„َÙ…ْ ÙŠَعْÙ„َÙ…ْ.

Maksudnya : “Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya” (Al-`Alaq : 1-5)

Kecemerlangan dan kegemilangan umat Islam terdahulu adalah kerana kehendak dan kesedaran mereka akan peri pentingnya membaca dalam kehidupan. Marilah bersama kita soroti beberapa kisah menarik yang boleh dijadikan suri teladan dan keinsafan kepada kita semua.

Kisah Ibnu Taimiyyah rahimahullah dan kesungguhan pembacaannya

Al-Imam Ibnu Qayyim rahimahullah menceritakan, “Satu hari guruku Ibnu Taimiyyah ditimpa sakit yang menyebabkan beliau terlantar. Berkata tabib yang mengubatinya, “Sesungguhnya sikap tuan syeikh yang suka membaca hingga tidak menghiraukan yang lain akan menambahkan sakitnya”. Maka jawab Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah, “Aku tidak mampu bersabar apabila melihat kitab, pasti aku ingin membacanya!. Saya ada satu pertanyaan kepada tuan tabib, adakah benar sekiranya apabila hati itu berasa gembira dan riang akan membantu memulihkan kesihatan?”. Jawab tabib itu, “Benar sekali wahai tuan syeikh”. Berkata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah, “Maka aku berasa senang dan gembira ketika aku membaca”.

Berkata juga Al-Imam Ibnu Qayyim rahimahullah, “Aku mengingati saat ketika guruku Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah ditimpa sakit kepala, kitab pasti akan ada disebelah kepalanya. Apabila terjaga, beliau akan mengambil kitab tersebut dan membacanya dan apabila sudah tidak berdaya beliau akan meletakkannya semula disisi”.

Al-`Allamah Ibnu `Aqil dan pengorbanannya demi membaca

Didalam kitab Al-Funun karangan Al-`Allamah Ibnu `Aqil, beliau menceritakan perihal dirinya sendiri, katanya, “ Aku akan berusaha sedaya upaya yang aku mampu didalam memendekkan masa makanku. Sehinggakan aku hanya memakan roti kering sahaja dan aku sengaja melembutkan roti itu dengan air supaya memendekkan masa kunyahanku. Sehinggalah aku berasa senang dapat memanfaatkan masa yang panjang untuk pembacaanku”.

Kehebatan Al-`Allamah Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-`Asqolani membaca kitab-kitab hadis

Al-Hafiz Al-Imam As-Sakhawi rahimahullah menceritakan didalam kitabnya Al-Jawahir wa Ad-Durar : “Sesungguhnya Al-Hafiz Al-Imam Ibnu Hajar Al-`Asqolani membacakan kitab hadis Sahih Bukhari kepada muridnya didalam 10 kali majlis ilmu, setiap majlis berlangsung selama 4 jam”.

Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-`Asqolani berkata, “ Aku telah membaca kitab hadis Sahih Muslim kepada guruku Al-Imam Muhammad bin Muhammad bin Abdul Latif Al Kuwaik dalam tempoh 5 majlis sahaja.

Al-Hafiz Al-Imam Ibnu Hajar Al-`Asqolani menceritakan didalam kitabnya Al-Majma’ Al-Muassis Li Al-Mu’jam Al-Mufahris, “Aku telah menyempurnakan pembacaan hadis kitab Al-Musnad dengan mengambil masa sebanyak 53 majlis dan aku berjaya menghabiskan bacaan kitab Al-Mu’jam As-Saghir oleh Imam Thabrani dalam masa satu majlis sahaja”.

Sultan Al-Ulama’ Syeikh `Izzuddin bin Abd As-Salam menghabiskan Nihayah Al-Matlab dalam 3 hari

Dinukilkan kisah ini didalam kitab Lahzu Al-Alhaz karangan Ibnu Fahd menceritakan bahawa, “Telah berkata guru kami Al-Hafiz Burhanuddin Al-Halabi bahawa beliau pernah diceritakan akan perihal Syeikh `Izzuddin bin Abd As-Salam, pada suatu hari beliau menuju ke masjid pada hari Rabu dengan membawa kitab Nihayah Al-Matlab wa Dirayah Al-Mazhab karangan Al-Imam Al-Juwaini rahimahullah. Maka tuan syeikh beriktikaf dimasjid itu pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat dan telah selesai membacanya sebelum solat Jumaat!!!”.



PERINGATAN BERSAMA


Bukan semua jenis buku boleh hanya sekadar membaca. Ada buku dan kitab yang memerlukan kepada musyafahah bersama para ahlinya. Kita perlulah mengenal saiz baju di badan sendiri. Kisah-kisah diatas dipaparkan kerana saya hanya ingin menunjukkan semangat dan kesungguhan para alim ulama Islam pada suatu ketika dahulu didalam sifat membaca mereka. Pada masa yang sama, mereka sememangnya layak dan sudah cukup ‘senjata’ untuk bergelumang dengan kitab-kitab tersebut.


Jadi, kitab-kitab yang perlu dipelajari secara talaqqi daripada mulut-mulut masyaikh adalah seperti kitab-kitab feqh, hadis, tafsir, perbahasan aqidah, nahu dan saraf serta beberapa lagi ilmu asas yang lain. Apabila seseorang itu sudah mempunyai asas yang kukuh dalam setiap cabang ilmu tersebut, maka bolehlah untuk melengkapkan ilmunya dengan pembacaan.


Kalaulah kita masih rapuh dari segi asas ilmu tersebut, lantas hanya sekadar membaca, akan mengkibatkan muda bosan dan tidak beroleh apa-apa dari pembacaannya kerana tidak faham. Lebih buruk lagi jika pemahaman yang salah daripada maksud sebenar sesuatu ilmu yang dibacanya.


KITAB APA YANG KITA HENDAK BACA?


Justeru, saranan saya adalah kita membaca kitab-kitab yang ditulis oleh ulama’ kontemporari yang agak ringan. Bukanlah saya menidakkan kitab turathi, tetapi kitab turathi perlu musyafahah dengan ahlinya. Itu juga turut dipertingkatkan. Kitab-kitab yang menyentuh permasalahan umat dan membina fikrah amat baik untuk kita hadamkan. Carilah kitab-kitab karangan Syeikh Abdullah Nasih Ulwan, Syeikh Yusuf Al-Qardhawi, Syeikh Abdullah Khatib, Syeikh Mustafa Masyhur, Syeikh Said Hawwa, Syeikh Fathi Yakan, Syeikh Said Ramadhan Al-Buuthi, Syeikh Mustafa Siba`ie dan lain-lain lagi. Kalaulah dihimpunkan tulisan-tulisan mereka ini pun sudah tidak terhabiskan untuk kita membaca kesemuanya.


Pengarang-pengarang yang saya sebutkan diatas kebanyakannya mengarang dengan bahasa yang mudah dan tidak menggunakan bahasa yang sukar untuk difahami. Disamping itu, penulisan mereka seolah-olah ‘hidup’ kerana mereka menulis diatas paksi pengalaman dan tajribah mereka sendiri.


Marilah bersama kita jayakan Bulan Membaca. Reader Is Leader!!. Membaca Gaya Sebenar Umat Islam!!.




Related Posts with Thumbnails