Thursday 9 September 2010

Selamat Hari Raya `Idul Fitri


Di kesempatan ini, ana ingin mengucapkan Selamat Menyambut `Idul Fitri kepada :
1.       Emak dan ayah yang berada di Malaysia, memohon ampun dari emak dan ayah diatas segala salah dan silap yang pernah dilakukan oleh anakmu ini selama mana emak dan ayah menjaga dan mendidikku dengan penuh kasih sayang. Terasa diri ini terlalu dimanjakan kerana hendak apa sahaja mesti dapat walaupun susah hendak ditunaikan. Sudah sikap emak dan ayah begitu. Jarang sekali berkata ‘TIDAK’. Ampun dan maaf dipinta kerana tidak dapat berhari raya buat kali yang ke-5 sejak anakanda berada di perantauan ini. Semoga Allah sahaja yang membalas jasa dan pengorbanan emak dan ayah dengan tawaran syurga dariNya. Aamiin.

2.       Buat Kak Aziah dan adikku Azree, ampun dan maaf juga dipinta diatas segala kesalahan yang pernah dilakukan selama mana kita bersama. Kak Aziah banyak memberi bantuan dari segi semangat dan nasihat. Walaupun kita jarang bersama kerana pengajian masing-masing satu ketika dahulu, tetapi Kak Aziah memberikan semangat dari jauh dengan berusaha bersungguh-sungguh menghabiskan pelajaran dan sekarang sudah boleh berdiri diatas kaki sendiri. Itu juga semangat buat diri ini. Tahniah. Buat adikku Azree, maaf dipinta sekiranya tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebenar sebagai seorang abang. Mungkin juga dahulu pernah mengasari dan terlanjur bicara. Cubalah jadi yang terbaik, kerana hidup kita masih panjang. Jangan kelak kita menyesal, baru tersedar dunia ini amat mencabar likunya.


3.      Buat Pah yang ada di Kampung Gelok, ampun dan maaf dipinta daripada Azrul yang mungkin banyak kerenah dan salah silap. Balik kampung menjadi satu kegembiraan. InsyaAllah ada rezeki akan berjumpa lagi. Buat Cik Ana juga, ampun maaf dipinta. Cik Ana rajin bercerita dulu, melayan kerenah nak buah. Pernah juga mengasuh diri ini. Moga anak-anak sahaja jadi harta tidak ternilai dari Allah. Mudah-mudahan mereka menjadi anak soleh. Terima kasih tak terhingga, moga Allah balas dengan yang setimpal.

4.     Pakcik Kamel dan Mak Cik sekeluarga, mohon maaf juga dipinta sekiranya ada salah dan silap. Kalaulah ada gurauan yang terlebih atau sebagainya harap dimaafkan. Moga Pakcik Kamel dan MakCik bahagia seumur hidup bersama. Buat MakNgah sekeluarga, mohon maaf dipinta sekiranya ada kesalahan yang dilakukan. Mungkin jarang berjumpa, hanya apabila pulang kekampung sahaja. Tapi, mesti ada salah dan silap yang pernah dilakukan.


5.     Buat Cik Da dan Cik O, ampun maaf juga dipinta. Dulu kita jadi rakan permainan jer. Sekarang masing-masing dah besar. Maaf yer Cik Da, kalau ada salah. Cik O pulak, maaf banyak-banyak kalau ada perkara-perkara yang tak disenangi ker..susahkan apa-apa ker waktu dulu-dulu. Maklumlah kanak-kanak dulu tak macho macam sekarang lagi. Cik O lah yang bawak pegi main-main dulu.

6.      Seterusnya buat kawan-kawan disini, khususnya kawan-kawan Badan Pengurus PMRAM, mohon maaf dipinta dan terima kasih banyak-banyak.


7.       Akhir sekali kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri ini, sepuluh jari ku susun memohon ampun dan maaf, dari segi zahir mahupun batin.
MOGA IBADAH KITA DITERIMA OLEH ALLAH..MINAL `AAIDIIN WAL FAAIZIIN

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails